Friday 2 December 2011

nasihat ...dan bahasa Arab

Assalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakaatuh
pagi Jumaat 7 Muharram 1433H
Allah limpahkan lg rahmat-Nya dengan hujan yg turun
biasanya waktu ini sudah kedengaran suara Ayahanda dan Bonda di meja dapur,
menyiapkan kerja rumah kelas bahasa Arab yg diambilnya.
Mujur ada Bonda yg pandai berbahasa Arab juga.
Tp semalam mereka berangkat ke Kuala Lumpur, menziarahi keluarga Uncle Azlan slps 
mendapat pengkhabaran berita kematian Che Puteh.

Berbalik kepada topik asal.
" Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa mahupun harta kamu;
tetapi Allah memandang pada hati dan juga amalan kamu"

Topik ini skopnya luas.
Rupa yg cantik tidak menjamin seseorang itu cantik akhlaknya.
Allah telah jadikan manusia itu sebaik-baik ciptaanNya, 
jadi pastinya tiada yg tidak cantik.

Harta yg byk tidak menjamin kamu hidup bahagia.
Tidak berharta tidak bererti kamu miskin.
Beruntunglah orang2 yg dikurniakan nikmat kekayaan kepada mereka sedang mereka tidak pernah lupa mengucapkan syukur kepada Allah dan membelanjakan harta dijalan Allah.

............

Kenapa bahasa Arab?
Dulu sy selalu berpendapat bahasa Arab ini susah.
tp sebenarnya bahasa Arab ini sgt mudah.
mungkin hanya sbb kurang vocab.

Lihat dan baca saja syair2 Arab.
Hebat sungguh susun aturnya.
Pastinya ayat-ayat Allah adalah yg paling sempurna dan terbaik iaitu Al-Quran.
Beruntungnya orang yg dibesarkan dengan kemahiran berbahasa Arab.
Beruntungya kita yg lahir di kelantan ni sebab sedikit sebyk, ada istilah yg digunakan berasal dari perkataan Arab.
seperti:

Sakar (gula)
buah topo- Tuffa (epal)
gapo lg ek..list sendiri laa ye

apa yg indah dgn bahasa Arab?
Nahu dan Shoraf nya.
Balaghah dan Kinayah nya (ambo suka skali)
Syair nya
-semua2nya-

respek kepada Ayahanda yg tidak pernah berhenti belajar bahasa Arab, walaupun sokmo tnya jawapan kerja rumah kat anak2 dan Bonda..(hehehe, tak aci)

.....................................
yg baik itu dari Allah, yg kurang itu dari diri ambo sendiri.
WalLahu 'alam

5 comments:

fakir alam said...

"yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa" =)

Anonymous said...

byk peribahasa ayah sepupu sorg nih :)

fakir alam said...

=)..comey post deme, truskn2..

Anonymous said...

insyaAllah selit-menyelit antara kijo dey laa nk upload sikit

fakir alam said...

i'Allah...same2 la kte =)